Shuib beng4ng Siti Sarah ditudvh menunjuk-nunjuk bagi sumbangan

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin kecewa apabila niat baiknya menghulurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) disalah anggap oleh segelintir pihak.

Menurut Sarah, tujuannya menghulurkan sumbangan itu adalah untuk mengembalikan semula semangat mereka yang gigih berjuang mengekang penularan wabak Covld-19.

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dpat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi teruk jadinya.

“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai saklt sangat hati tu? Sarah ni bagi dad4h ke? Bagi air todi yang mabvk-mabvk ke?

“Frontliner tu ada yang tak cuti banyak sangat dugaan yang dia orang kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecil je, cuma nak buat diaorang happy. Sekurang-kurangnya dapat bagi semangat,” katanya.

Shuib tinggalkan komen pada perkongsian luahan Siti Sarah di Instagram.

Penyanyi lagu Semakin ini berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Selasa.

Bersama kapsyen ditulis itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej kecaman yang diterima daripada netizen.

Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkara itu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang?

SITI SARAH

PENYANYI

“Tak payah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi sajalah. Kau dengan laki kau memang suka menunjuk ya?” tulis salah seorang netizen di ruangan mesej peribadi (DM)

Sementara itu, Sarah berkata dia lebih mengetahui niatnya dan tidak wajar jika ada individu mempertikaikan keikhlasannya dalam melakukan kebaikan.

Sarah kecewa ada pihak pertikaikan niatnya memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

“Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkara tu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang?

“Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen dan DM yang baik-baik, Sarah doakan semoga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” ujarnya.

Perkongsian Siti Sarah itu turut menarik perhatian suaminya yang juga pelawak Shuib.

Shuib berkata dia akan sentiasa berada di sisi isterinya dan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu penyanyi berusia 36 tahun itu.

“Siapa budak ni? Bini aku jangan usik! Aku cari sampai dapat!” tulis Shuib pada ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/03/03/bini-aku-jangan-usik-aku-cari-sampai-dapat—shuib-bengang-siti-sarah-dituduh-menunjuk-nunjuk-bagi-sumbangan

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment