Anak dikrit1k tidak comel, ramai peminat tampil ‘pertahan’ Mawar Rashid

Baru-baru ini, pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua bulan untuk tatapan para peminat di laman sosial Instagram.

Anak ‘mommy’ atau anak ‘daddy’?

Menerusi gambar-gambar tersebut, Mawar dilihat tersenyum gembira saat memegang dan mendukung anaknya yang memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala. Aww. Comel sangat!

Tidak dinafikan lagi, ramai peminat yang teruja melihat perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu dan memuji kecomelan bayinya. Malah, ada yang menyatakan pendapat si comel itu mirip bapanya, Raf Yakob.

Komen tidak berasas

Namun dalam ramai yang memuji, ada seorang netizen yang kurang sopan meninggalkan komen tidak berasas mengkrit1k wajah kedua-dua anaknya, Raden Rosabella serta anak lelaki Mawar iaitu Raden Muhammad Rafael yang disifatkan tidak secantik dan setampan ibu bapa mereka

“Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal ‘mommy daddy’ cantik dan ‘handsome’,” tulis netizen itu di ruangan komen.

Budak pun nak ‘body sh4ming’ ke?

Berikutan komen negat1f daripada netizen berkenaan, ramai peminat dan pengikut Mawar tampil mempertahankan anak-anak pelakon tersebut. Mana tidaknya, masing-masing masih kecil lagi. Tiada hati perut sungguh krit1k ciptaan Allah!

Baby semua comel

Bawa mengucap sebelum mengh1na

Kecil hati Mawar kalau baca komen

Kalau tiada benda baik nak diluah, lebih baik diam

Mawar berkahwin dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.

Sumber: Instagram Mawar Rashid   via omm

Leave a Comment